salam semua....apa khabar iman hari ini?semua orang sekarang ni sibuk meng'hibernate'kan diri..jln sekeliling rumah sume pintu bilik bertutup..
macam-macam gaya study saya lihat.
ada yang dengan earphone 24 jam....
ada yang dok sorang-sorang kat ceruk bilik....
ada yang bercakap sorang-sorang sambil tangan bermacam-macam gaya...
ada yang study dengan balang penuh makanan disisi...
macam-macamlah aksi sejak mulanya minggu exam ni =p
saya pun apa kurangnya..banyak lagu buku nak baca nih...
Teringat lagi forum yang saya hadiri, meneman k.fasihah ke USIM yang dijemput khas menjadi panel forum. Digandingkan pula dengan YDP USIM, Sdr.Alif dan moderator yang saya kira sama banyak cakapnya dengan ahli panel. Satu forum yang menarik tentang mahasiswa dan motivasi sempena exam. Hmm..panjang nak tulis isi keseluruhan forum..so saya kongsikan beberapa isi dalam forum tu...
Bagaimana untuk menjadi mahasiswa cemerlang?
K.Fasihah nyatakan 4 ciri untuk menjadi mahasiswa cemerlang..tp saya sempat tulis 3 je..tak ingat ape lagi satu..tanye k.Fasihah la nanti ye =)
- Menjadi hamba yang terbaik di sisiNya
Hamba yang terbaik ialah hamba yang selalu ingat Allah ketika susah dan senang. Mengharap pergantungan hanya kepadaNya. Jika kita sentiasa selalu melakukan maksiat, tinggalkanlah maksiat yang selalu dilakukan tu walaupun sekecil mana pun maksiat, tetap dikira maksiat. Tumpukan kepada pelajaran dan ibadah kepada Allah. Moga momentum yang baru kita hendak biasa ini, terus menjadi biasa selepas kita exam juga.
- Memberi manfaat kepada orang lain dan sahabat-sahabat.
"Carilah kebaikan dan buatlah sebanyak mungkin kebaikan." Moga kebaikan ini menjadi penolong kita semasa exam nanti. Sentiasalah menolong sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan kita. Tidak rugi memberi ilmu kepada orang lain, malah ilmu kita akan sentiasa bertambah.
- Mampu berfikir untuk ummah dan masa depan.
Mahasiswa cemerlang bukan hanya cemerlang untuk dirinya sahaja, tetapi turut membawa orang lain cemerlang. Cemerlang bukan sahaja di universiti, malah cemerlang dalam lapangan masyarakat.
Sempena exam yang sedang berlangsung ini, walaupun saya belum stat lagi exam ni..

Bina suasana study yang baik, moga orang lain turut rasa aura study kita tu.
Tanamkan dalam diri 'rasa berdosa' selalu, dengan itu kita akan sentiasa mahu bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah.
Tanamkan matlamat yang tinggi, impikan kejayaan untuk masa hadapan dan sentiasa berjiwa besar.
Belajar kerana Allah, bukan belajar hanya semata-mata untuk peperikasaan.
Kejayaan bergantung kepada keberkatan, maka tinggalkanlah apa sahaja yang boleh merosakkan keberkatan itu.
Sama-sama kita berusaha...
Chaiyok2!!Khas buat Warga RSSelamat study semua, jangan malas-malas k...
ingat lagi kek ni??

so...GOOD LUCK utk korang semua ye~
Allah tidak melihat apa yang kamu dapat, tetapi Allah melihat usaha yang kamu lakukan untuk mendapatkannya
Good Luck Exam buat semua pembaca blog ni..Bitaufiq wanajah.. semoga usaha kita mendapat keberkatan dari Allah...ameenn~
p/s: my exam.. 5,9,11,13,16,17,18...pray for me k =)