sticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

About Me



Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhuwah, salam perkenalan.

Penulis merupakan puteri sulung kepada pasangan Encik Mohd Rosli b Nabor dan  Puan Esah bt Onan. Dilahirkan pada 17 Mac 1987 bersamaan hari selasa 5 Rejab (tak ingat thn berapa hijrah ). Mempunyai 6 orang adik beradik dan merupakan anak ketiga..dua abang dan empat orang adik perempuan.

Seorang yang simple, mesra dan sangat berminat membaca tak kira novel, majalah dan buku-buku ilmiah..lebih meminati buku motivasi dan cerita-cerita yang berbentuk fiksyen. minat melukis walaupun hobi itu sudah lama ditinggalkan..hehe~juga memintai aktiviti lasak dan santai.

Mendapat pendidikan rendah di 6 buah sekolah dari darjah 1 hingga darjah 6. kemudian melanjutkan pelajaran dari tingkatan 1 hingga 5 di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang atau lebih dikenali dengan SMKA TAHAP, Jerantut, Pahang. Kemudian menyambung pengajian ke tingkatan 6 di SMA Persekutuan Labu, N.Sembilan dan seterusnya mengambil Ijazah Sarjana Muda Syariah major dalam Sains Politik Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Alhamdulillah telah tamat pengajian diperingkat ijazah dan bercita-cita untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi..insyaAllah~

Mula menulis blog sejak di tahun 2 pengajian di universiti. Menulis untuk berkongsi, menulis untuk memberi motivasi, menulis untuk meluahkan dan menulis untuk berkongsi pengalaman sesama teman..

Mujahadah!!